Khamis, 5 September 2013

bakar kalori



1.       Regangan
 
Kegiatan yang melibatkan perbuatan meregangkan otot badan sehingga ke tahap yang tertentu. Meskipun dianggap remeh, aktiviti reganggan berupaya mempertingkatkan kelancaran aliran darah, mengekalkan keseimbangan tubuh, menaikan fleksibiliti serta postur badan, meningkatkan kesihatan jantung juga membakar lemak di bahagian bawah lengan, perut, dan peha.

2.       Berjalan kaki
 
Rutin paling mudah dan menawarkan kesan antara yang terpantas. Berjalan kaki mempunyai banyak kelebihan yang tersirat antaranya menstabilkan kesihatan fizikal, membakar lemak dan kalori secara serta merta. Tambahan pula, berkesan untuk membantu meningkatkan jangka hayat seseorang malah turut memberi impak positif pada minda.

3.       Jogging & berlari
 
Jogging & berlari selama 30 minit pada kadar 8 mph mampu membakar sebanyak 328 kalori. Selain membakar kemak , kedua-dua senaan ini dapat mengurangkan stress. Namun kesan yang sama bergantung pada tahap kepantasan dan keseragaman tubuh badan.

4.       Menari
 
Tarian terbukti sebagai salah satu cara senaman. Tidak kira apa jua jenis senaman yang dilakukan, menari menyasarkan keseluruhan tubuh badan dan otot lantas memberikan impak yang sama terhadap pelbagai bentuk tari.

5.       Berbasikal
 
Salah satu rutin pebakaran lemak yang paling efektif. Aktiviti pantas serta mudah ini bergantung pada sejauh mana kepantasan  dan keupayaan seseorang. Berbasikal berkesan dalam meberikan impak positif pada tulang kaki dan penjagaan postur pinggang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan